Dasar Privasi
Kemas kini terakhir 16 Oktober 2026
Siapa kami
NakJual dikendalikan oleh Vortechron Studio. Anda boleh hubungi kami di [email protected].
Apa yang kami kumpul daripada penjual
Apabila anda mendaftar, kami kumpul nama, alamat emel, nama perniagaan dan nombor WhatsApp anda. Jika anda log masuk dengan Google, kami terima nama dan alamat emel anda daripada Google.
Kami simpan page yang anda bina, produk yang anda jual, kunci gateway pembayaran anda (disulitkan), dan ID penjejakan anda untuk Meta dan TikTok.
Jika anda membuka link affiliate, satu cookie mengingati link itu selama 30 hari, supaya orang yang berkongsi link itu dikreditkan apabila anda mendaftar. Affiliate hanya nampak nama pertama dan huruf pertama nama akhir, emel yang disembunyikan dan status pelan orang yang mereka rujuk, serta komisen yang mereka dapat. Kami bayar affiliate ke akaun bank dalam tetapan mereka.
Apa yang kami kumpul untuk penjual
Apabila pembeli membuat pesanan daripada sales page, kami simpan nama, nombor telefon, alamat penghantaran, alamat emel jika diberi, dan butiran pesanan mereka. Kami simpan maklumat ini untuk penjual supaya mereka boleh menghantar pesanan. Kami tidak guna butiran pembeli untuk tujuan lain, dan kami tidak menjualnya.
Kami kira lawatan page untuk menunjukkan analitik kepada penjual: page, masa, sumber lawatan dan ID pelawat tanpa nama harian yang dibuat tanpa cookie. Kami tidak membina profil pembeli.
Pembekal perkhidmatan
Kami guna Stripe untuk mengebil penjual, Cloudflare untuk menghantar page dengan selamat, dan pembekal AI (Anthropic) untuk menulis draf page daripada maklumat yang diberi penjual. Bayaran online daripada pembeli diuruskan oleh gateway penjual sendiri: ToyyibPay, Billplz atau CHIP.
Jika penjual menambah Meta Pixel, token Conversions API atau TikTok Pixel, perkhidmatan tersebut menerima event page dan event pembelian daripada page penjual itu.
Tempoh simpanan dan hak anda
Akaun penjual disimpan selagi akaun dibuka. Page dipadam 30 hari selepas pelan tamat. Rekod pesanan disimpan supaya penjual boleh memuat turunnya, sehingga penjual meminta kami memadamnya.
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat anda pada bila-bila masa dengan menghantar emel ke [email protected]. Pembeli boleh bertanya kepada penjual yang mereka beli daripadanya, atau hubungi kami terus.